Sudah masanya politik solusi atasi retorik ketika kempen memuncak

Sudah masanya politik solusi atasi retorik ketika kempen memuncak
Namun, di sebalik kemeriahan ceramah dan kempen di lapangan, timbul kebimbangan bahawa wacana politik masih didominasi oleh retorik serangan antara parti berbanding perbincangan mendalam mengenai solusi kepada isu rakyat.
KONGSI

JOHOR BAHRU – Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sedang berlangsung dengan kempen yang memasuki fasa kritikal, tumpuan kini terarah kepada pendekatan parti-parti bertanding dalam menarik sokongan pengundi di seluruh negeri.

Namun, di sebalik kemeriahan ceramah dan kempen di lapangan, timbul kebimbangan bahawa wacana politik masih didominasi oleh retorik serangan antara parti berbanding perbincangan mendalam mengenai solusi kepada isu rakyat.

Isu-isu utama seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, perumahan mampu milik serta pembangunan infrastruktur kekal menjadi antara kebimbangan terbesar pengundi. Namun, pemerhati politik berpendapat perbahasan terhadap isu-isu tersebut masih belum diterjemahkan kepada tawaran dasar yang jelas, praktikal dan mudah difahami rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN