LRT3 dibina kerana rintihan rakyat, bukan projek untuk bermegah – Sultan Selangor

LRT3 dibina kerana rintihan rakyat, bukan projek untuk bermegah - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, projek pengangkutan awam itu berjaya disiapkan selepas melalui pelbagai cabaran termasuk kelewatan akibat pertukaran kerajaan, semakan semula skop projek serta pandemik COVID-19, namun akhirnya dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat Selangor.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam disifatkan sebagai hasil kesinambungan dasar dan kerjasama merentasi beberapa pentadbiran, bukannya kejayaan mana-mana individu atau pihak tertentu semata-mata.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, projek pengangkutan awam itu berjaya disiapkan selepas melalui pelbagai cabaran termasuk kelewatan akibat pertukaran kerajaan, semakan semula skop projek serta pandemik COVID-19, namun akhirnya dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat Selangor.

“Beta tidak mahu lagi ada mana-mana pihak tertentu mengambil kesempatan untuk mendakwa bahawa kejayaan pelaksanaan LRT3 ini adalah hasil usaha mereka semata-mata. Hakikatnya, projek ini merupakan hasil kesinambungan perancangan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak merentasi beberapa pentadbiran demi kepentingan rakyat Selangor secara keseluruhannya,” titah baginda dalam satu perutusan sempena kejayaan pelaksanaan projek Laluan LRT3 Shah Alam hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN