Isnin | 12/10/2026 | 11:43:45 am
HomePolitikPilihan RayaFahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee berdialog secara langsung di TV1

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee berdialog secara langsung di TV1

JOHOR BAHRU – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menawarkan pentas siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik bagi membincangkan hala tuju negeri sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Fahmi, RTM bersedia menjadi platform berkecuali untuk menghimpunkan kedua-dua pemimpin itu dalam satu sesi dialog yang memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri idea, perancangan dan visi mereka terhadap masa depan Johor.

Beliau berkata, sekiranya istilah debat menjadi isu, program tersebut boleh diadakan dalam format dialog yang lebih berhemah tanpa menjejaskan matlamat untuk membincangkan isu-isu berkaitan negeri.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|