Warga emas ditahan disyaki khianat anjing hingga mati

BATU GAJAH – Seorang warga emas berusia 64 tahun ditahan pihak berkuasa di Pusing, dekat sini kira-kira pukul 11 malam semalam, berhubung kes khianat terhadap seekor anjing sehingga menyebabkan kematiannya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md. Noor Aehawan Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah berkaitan penemuan bangkai anjing tersebut di Pusing.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 Januari 2026 kira-kira pukul 7.30 malam, apabila penduduk setempat terdengar bunyi letupan yang kuat di kawasan berkenaan.

“Penduduk kemudiannya mendapati seekor anjing liar mati terbaring di atas jalan raya dalam keadaan mulut berlumuran darah berhampiran sebuah restoran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Md. Noor Aehawan berkata, susulan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek kes tersebut di sebuah kedai di Pusing kira-kira pukul 11 malam semalam.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencederakan haiwan.

BACA JUGA:  KPDN terima dua aduan berkaitan pelaksanaan bantuan Sara RM100
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

‘Nyawa dibalas nyawa’, Nor Nadia mahu pembelaan buat arwah suami

KLANG – Balu kepada mangsa kemalangan akibat dirempuh pemandu...

PDRM, MAINJ siasat video wanita menyimpang mengaku jadi Nabi

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai...

DBKL tambah tiga CCTV di KLCC, perkukuh keselamatan, banteras ‘ulat foto’

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah...

13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA - Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Penuntut USM, Amirul Syahmi cipta nama, sasar tempat dalam skuad futsal kebangsaan

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM)...