Kejayaan Fakhrul raih 11A+ buat ramai tersentuh

KUALA LUMPUR – Kejayaan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang 11A+ mengundang sebak orang ramai selepas videonya memeluk bapa sebaik menerima keputusan tular di media sosial.

Menerusi hantaran yang tular, video tersebut memaparkan detik penuh emosi pelajar dikenali sebagai Fakhrul yang tidak dapat menahan air mata kegembiraan selepas melihat keputusan peperiksaannya di sekolah.

Dalam rakaman berkenaan, Fakhrul dilihat terus memeluk erat bapanya yang setia menemani sambil menangis sejurus menerima slip keputusan.

Kejayaan memperoleh 11A+ itu dianggap sebagai satu pencapaian membanggakan dan menjadi inspirasi kepada ramai pelajar lain.

Menjengah ke ruangan komen, Fakhrul turut menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada semua pihak yang memberikan ucapan tahniah kepadanya.

“Saya sangat terharu kepada semua. Dengan peluang ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang sentiasa mendorong saya sehingga ke saat ini. Tanpa doa semua, siapalah saya sekarang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pihaknya bersedia membantu masa depan pelajar cemerlang tersebut.

Menurutnya, MARA akan mencadangkan Fakhrul untuk menyertai program khas pembiayaan pelajar cemerlang ke luar negara atau universiti terkemuka dalam negara dengan pembiayaan penuh.

Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial memaklumkan bapa Fakhrul dipercayai seorang peniaga gerai laksa dan pisang goreng di Teluk Kemang, Port Dickson yang terkenal dalam kalangan pelanggan.

Perkongsian tersebut terus mendapat perhatian ramai yang menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan kejayaan Fakhrul pada masa hadapan. –MYBERITA

BACA JUGA:  Lori terbabas terjunam ke gaung, pemandu rentung 

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...