Gol awal itu mengejutkan jentera serangan Malaysia yang diketuai Faisal Halim, namun peluang terbaik pada minit ke-11 gagal disempurnakan.
Pada penghujung babak pertama, Malaysia hampir menyamakan kedudukan melalui tandukan Paulo Josue, namun bola sedikit tersasar.
Separuh masa kedua menyaksikan tuan rumah menambah dua gol menerusi penyerang naturalisasi Rafaelson pada minit ke-50 dan ke-58, sekaligus meletakkan Vietnam selesa dengan kedudukan 3-0.
Harimau Malaya hanya berjaya merapatkan jurang pada minit ke-77 melalui sepakan penalti Endrick Dos Santos, menjadikan keputusan akhir 1-3.
Beberapa peluang keemasan lain melalui Faisal Halim dan pemain gantian Safawi Rasid gagal dimanfaatkan, sekali gus menamatkan kempen dengan kekalahan.
Kekalahan ini turut menandakan kekalahan pertama Peter Cklamovski di atas padang sejak memimpin pasukan kebangsaan tahun lalu.
Vietnam kini mengumpul 18 mata maksimum, mengesahkan kelayakan ke Piala Asia 2027 selaku juara Kumpulan F. – MYBERITA
– MYBERITA








