13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA – Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atau 3.55 peratus mencatat keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata daripada jumlah itu, 376 calon pula memperoleh gred A+ untuk semua mata pelajaran, menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2024.

“Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut meningkat iaitu seramai 92,347 calon berbanding 86,040 pada 2024,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan di sini.

Untuk rekod, calon SPM 2025 merupakan kumpulan pertama yang tidak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). – MYBERITA

BACA JUGA:  Keputusan rayuan Syed Saddiq ditetapkan 25 Jun
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...