Misteri remaja hilang ketika konvoi bersama keluarga terjawab, ditemui meninggal dunia

0
129

JERTIH – Misteri kehilangan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands sejak awal pagi Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia dalam semak di tepi jalan di Kampung Bukit Jeruk, Kampung Beting Lintang di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Rozaime Ab Rahim berkata, mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 6.40 petang sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.

Menurutnya, setakat ini polis percaya mayat yang ditemui adalah Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak awal pagi Jumaat lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here