Kenderaan peronda polis singgah restoran mamak dikenal pasti

SUNGAI BULOH – Anggota polis yang terlibat dalam rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan peronda polis (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak di sini pada Khamis lalu telah dikenal pasti pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam kejadian tersebut dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

Menurut beliau, tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan selesai bagi memastikan segala prosedur serta tatacara operasi dipatuhi oleh anggota terlibat.

“Anggota terlibat telah dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak di kawasan tersebut.

Rakaman itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan dalam kalangan pengguna media sosial. Rata-rata orang ramai menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian berkenaan.

Setakat ini, pihak polis menegaskan siasatan sedang dijalankan bagi memastikan fakta sebenar kejadian dapat diperoleh sebelum sebarang tindakan diambil. – MYBERITA

BACA JUGA:  Kanak-kanak tunjuk budi pekerti, baca doa untuk tuan rumah lepas datang beraya
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...