Lelaki pandu SUV lawan arus ditahan

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.09 malam,

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 6 petang apabila sebuah SUV jenis Jaecco J7 berwarna putih dipandu melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang melalui laluan berkenaan.

“Pemandu Perodua Myvi iaitu seorang wanita tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala pemandu Jaecco J7, seorang lelaki tempatan, telah ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sehubungan itu, Shamsudin mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak memandu secara berbahaya sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna lain.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan tindakan tegas akan diambil.

“Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan,” katanya.

BACA JUGA:  Dua minggu tanpa air, pelajar universiti terabai di kolej kediaman sendiri
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Lagu ‘Lala Raya’ didakwa sentuh isu agama, Agy tampil mohon maaf terbuka

KUALA LUMPUR - Penyanyi baharu, Muhammad Affizy Mohd Khairy...

MRSM seluruh negara tunai solat jenazah ghaib hari ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 cawangan Maktab Rendah Sains...

Tragedi subuh ragut keluarga, MARA tampil bela nasib dua beradik

RAUB - Dua beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran...

Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘duit raya’ setengah bulan gaji

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas...

MCMC sekat akses aplikasi temu janji Grindr, Blued – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Suruhanjaya...