Nasional

MCMC sekat akses aplikasi temu janji Grindr, Blued – Fahmi Fadzil

KONGSIFacebookWhatsApp

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat akses kepada beberapa laman web aplikasi temu janji seperti Grindr dan Blued.

Menurut beliau, setakat ini MCMC tidak menerima sebarang permohonan untuk menurunkan aplikasi berkenaan daripada gedung aplikasi seperti Google Play Store dan Apple App Store.

“Bagaimanapun, MCMC kini sedang meneliti beberapa langkah perundangan bagi membendung aplikasi berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN