Deepavali simbol pencerahan dan kemajuan rakyat – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan serta semangat pencerahan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hantaran di media sosial sempena perayaan tersebut, Anwar menekankan kepentingan masyarakat India dan rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk terus bersatu menuju kemajuan bersama.

“Masyarakat India dan kita bersama rakyat Malaysia menuju kemajuan, pencerahan, keadilan, meninggalkan kegelapan dan kezaliman,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan doa agar sambutan Deepavali menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang lebih bermakna dan harmoni.

“Mudah-mudahan Deepavali akan memberikan pencerahan dan kebahagiaan kepada keluarga masyarakat Malaysia,” tambahnya.

Sambutan Deepavali yang diraikan hari ini menjadi simbol kemenangan cahaya mengatasi kegelapan serta mengingatkan rakyat tentang pentingnya nilai kasih sayang, perpaduan dan keadilan dalam membina negara bangsa.

BACA JUGA:  Anwar akan ke Itali, Perancis dan Brazil perkukuh diplomasi
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...