Aksi ‘superman’ halang ambulans undang kecaman netizen

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya sambil menghalang laluan sebuah ambulans di lebuh raya semalam mengundang kecaman hebat netizen selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video oleh salah seorang petugas ambulans, Syakirin Syafi, di platform TikTok, sekumpulan penunggang motosikal berkenaan dilihat menunggang secara beriringan di lorong kanan sambil melakukan aksi ‘superman’, hingga menyebabkan ambulans tidak dapat melepasi laluan tersebut.

Video berdurasi 33 saat itu turut memperdengarkan bunyi siren dan hon ambulans dibunyikan berulang kali, namun tidak diendahkan kumpulan terbabit yang terus mempamerkan aksi meniarap di atas motosikal mereka.

“Kami respon satu kes MVA (kemalangan jalan raya), kereta yang terbabas di lebuh raya. Kami nak cepat ke lokasi, tapi ada pula geng budak tak berapa cerdik ni buat aksi bangang depan kami. Kami bagi hon pun mereka buat tak tahu. Betul-betul menyusahkan orang!” tulis Syakirin di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut meraih lebih 550,000 tontonan selepas 12 jam dimuat naik, dengan ribuan komen daripada pengguna media sosial yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan berkenaan.

Rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, termasuk mengeluarkan saman berdasarkan bukti rakaman yang jelas menunjukkan aksi tersebut.

“Apa lagi, saman la geng ‘superman’ ni. Disebabkan mereka, mungkin ada nyawa yang melayang sebab ambulans lambat sampai ke tempat kemalangan,” kata seorang pengguna, Rizal.

“Nak marah pun tak guna. Masa depan polis trafik pun di tangan mereka juga,” seloroh pengguna lain dengan nama akaun @Unbothered.

“Mereka ni agaknya nak rasa naik ambulans. Kalau naik ambulans tandanya hidup lagi, kalau naik kereta polis… innalillahiwainnailaihirojiun,” perli pengguna bernama Siti Aisyah.

Kejadian tersebut sekali lagi membuka perbincangan tentang sikap segelintir penunggang motosikal yang tidak peka terhadap keutamaan kenderaan kecemasan di jalan raya, meskipun undang-undang dengan jelas mewajibkan pengguna jalan memberi laluan segera kepada ambulans, bomba, dan polis ketika bertugas.

BACA JUGA:  Alieff Irfan, isteri dipuji melutut ketika bermaafan dengan pembantu rumah
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...