Selasa | 06/10/2026 | 7:35:54 am
HomePendidikanYoong Jia 'mengganas' di kolam SUKIPT, 'tapau' tiga emas sehari

Yoong Jia ‘mengganas’ di kolam SUKIPT, ‘tapau’ tiga emas sehari

KUALA LUMPUR – Menyusun hampir keseluruhan kelas pengajian pada setiap Isnin menjadi antara pengorbanan dilakukan perenang Taylor’s University, Yong Jia Jia bagi memastikan tuntutan akademik tidak mengganggu jadual latihan intensifnya dari Selasa hingga Ahad.

Disiplin itu ternyata membuahkan hasil apabila atlet berusia 19 tahun tersebut cemerlang meraih empat pingat dalam satu hari, termasuk tiga emas dan satu gangsa pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.

Jia Jia merangkul emas menerusi acara 800 meter (m) gaya bebas, 4x100m berganti-ganti gaya bebas campuran dan 4x200m berganti-ganti gaya bebas, selain membawa pulang gangsa dalam acara 200m gaya bebas.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|