Penjual kuih kantoi jual video lucah di Telegram, didenda RM30,000

SEPANG – Seorang penjual kuih menerima padah apabila didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menjual akses kandungan lucah menerusi aplikasi Telegram bagi tujuan komersial, dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman turut memerintahkan tertuduh, Branley Mohd. Tahar, 24, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati secara sedar menggunakan akaun Telegram “Babylia” untuk menyebarkan komunikasi lucah dengan menawarkan akses ke kumpulan “Baby channel lifetime” yang mengandungi video-video tidak senonoh.

Dia juga didakwa menjual kandungan tersebut kepada ejen penyamaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui aplikasi sama dengan bayaran RM150.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Fuad menegaskan tindakan tertuduh bercanggah dengan prinsip Rukun Negara, khususnya Kepercayaan Kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Menurut beliau, penyalahgunaan media sosial untuk menyebarkan kandungan tidak bermoral boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan menggugat keharmonian negara.

“Jangan gunakan media sosial untuk merosakkan moral masyarakat dan nilai-nilai dalam negara,” katanya ketika prosiding mahkamah berlangsung.

BACA JUGA:  Telegram Edisi Siasat, Edisi Khas diambil tindakan sivil atas kandungan berbahaya – MCMC
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...