Pelakon Jalil Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Dunia seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penyanyi veteran, Jalil Hamid yang disahkan meninggal dunia dalam tidur selepas bertarung dengan masalah jantung.

Berita duka itu disahkan anak perempuannya, Afiqah Jalil yang memaklumkan beliau menemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Betul (meninggal dunia). Dia meninggal dalam tidur. Kami sedar pada pukul 12.30. Dia dah solat Subuh dan nak rehat. Ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Afiqah, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar.

“Solat jenazah akan diadakan selepas Asar di Masjid Al Munawwarah sebelum pengebumian,” ujarnya.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram susulan masalah kesihatan jantung serta hilang selera makan.

Sepanjang karier seni, Jalil dikenali menerusi lagu popular seperti Ayam dan Raya, selain mencipta nama dalam bidang lakonan dengan membintangi filem seperti Zombi Kampung Pisang, Bisik Pada Langit dan Wanita Bertudung Hitam.

Bakat lakonannya turut diiktiraf apabila memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Baginda di Festival Filem Malaysia ke-13 serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama bagi Calon Syurga di Anugerah Skrin 2016.

Anak jati Masai, Johor itu juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Bisik Pada Langit pada Anugerah Telenovela 2018.

Pemergian beliau disifatkan satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.

BACA JUGA:  Lima Penuntut IKM Maut: MPV dipandu laju sebelum bertembung lori
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...