Pelakon veteran Charlie Nu’man Salleh meninggal dunia

0
109

KUALA LUMPUR – Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila pelakon veteran, Charlie Nu’man Salleh disahkan meninggal dunia pada malam Rabu akibat kanser usus.

Berita sedih itu dikongsikan oleh rakan seindustri, Zulkifli Ismail menerusi hantaran di Facebook miliknya, yang memaklumkan pemergian Allahyarham pada usia 71 tahun.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan tenat selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat dan menerima rawatan di hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here