Lelongan barangan, kereta mewah Vida ditetapkan 30 Oktober ini

KUALA LUMPUR – Selepas hampir setahun tertangguh, proses lelongan empat kereta mewah serta 727 barangan peribadi milik usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya bakal dilaksanakan pada 30 Oktober ini.

Menurut notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini, lelongan tersebut dilakukan oleh pemiutang AH Design Communication Sdn. Bhd. terhadap Vida susulan kegagalannya melunaskan bayaran tertunggak kepada syarikat berkenaan.

Difahamkan, AH Design Communication merupakan syarikat subkontraktor yang pernah dilantik bagi urusan pembinaan melibatkan kediaman mewah Vida.

Sebelum ini, Vida memohon agar proses lelongan ditangguhkan dengan alasan bahawa sebahagian barangan yang disita merupakan barangan pinjaman. Namun, mahkamah menolak permohonan tersebut selepas pihaknya gagal mengemukakan bukti kukuh.

Tindakan menyita barangan itu dilakukan selepas Vida didakwa gagal menjelaskan baki tunggakan lebih RM1 juta kepada syarikat terbabit sejak tahun 2018.

Antara barangan yang disita termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan pelbagai perabot lain selain empat buah kereta mewah miliknya.

Proses penyitaan sebelum ini mengambil masa kira-kira lima jam di banglo mewah Vida di Ipoh pada 25 November tahun lalu.

Acara lelong berkenaan pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 9 Disember 2024, namun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida untuk menangguhkan proses itu.

Dengan keputusan terbaharu ini, semua barangan yang disita dijangka akan dilelong kepada umum pada akhir bulan ini di bawah pengawasan pihak mahkamah.

BACA JUGA:  [VIDEO] Treler terbalik di KM 256.8, trafik arah utara sesak lapan kilometer
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...