Mahkamah arah Caprice fail pembelaan kes fitnah terhadap Asyraf Khalid

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tanah air, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, diarahkan Mahkamah Tinggi untuk memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukakan oleh usahawan, Muhammad Asyraf Khalid, pada 2 Oktober ini.

Peguam Muhammad Asyraf, Abdul Hakeem Aiman, memaklumkan Hakim Datuk Anand Ponnudurai turut mengarahkan plaintif memfailkan jawapan kepada pembelaan itu pada 16 Oktober, manakala tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 17 Oktober depan.

“Defendan juga tidak membantah permohonan injunksi yang difailkan plaintif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes pada Khamis.

Pada 18 Ogos lalu, mahkamah mengarahkan Caprice mengarkibkan 31 hantaran di Instagram yang didakwa berunsur fitnah terhadap Muhammad Asyraf selepas membenarkan permohonan injunksi ad-interim secara ex-parte (sebelah pihak).

Muhammad Asyraf, 33, yang juga anak tiri Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, memfailkan saman itu pada 4 Ogos. Beliau mendakwa Caprice telah menerbitkan 31 hantaran berbaur fitnah terhadapnya di Instagram antara 30 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Antara lain, hantaran tersebut didakwa memberi gambaran bahawa plaintif seorang yang memalukan kerana menjemput jurulatih peribadi, Murad Zaidi, ke dalam audio siar semata-mata untuk membela diri di media sosial tanpa mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa akibat perbuatan jurulatih itu.

Selain itu, hantaran berkenaan juga didakwa membawa maksud plaintif menyalahgunakan kedudukannya sebagai anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), suami kepada Siti Nurhaliza, untuk menekan defendan dengan menggunakan wang, kuasa serta pengaruh.

Walaupun plaintif tidak menyiarkan episod penuh Murad Zaidi seperti yang dimahukan Caprice, beliau mendakwa defendan masih meneruskan serangan terhadapnya di media sosial.

Sehubungan itu, Muhammad Asyraf memohon injunksi bagi menghalang Caprice atau mana-mana pihak wakilnya daripada menerbitkan, menyebarkan atau mengulangi kenyataan fitnah terhadapnya di mana-mana platform, selain memadam hantaran sedia ada dalam tempoh 24 jam daripada tarikh penghakiman.

BACA JUGA:  Asyraf Wajdi saman Papagomo RM1 juta berhubung dakwaan fitnah

Beliau turut menuntut agar Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video di semua akaun media sosialnya, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...