Wanita dakwa bekas kekasih curang, tipu wang dan hantar ugutan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dikenali sebagai @niqi.a tampil membuat pendedahan berhubung dakwaan ugutan dan penipuan oleh bekas kekasihnya, menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok, pada Ahad.

Dalam rakaman berdurasi lebih tiga minit itu, wanita berkenaan menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan diri selepas mendakwa menerima mesej berunsur ancaman susulan konfrontasinya terhadap lelaki berkenaan.

@niqi.a

If you see this, please share. It might be the only thing keeping me safe. @freemalaysiatoday @alkarama_hr @themalaymail @lobakmerahmy @worldofbuzz @saysdotcom @wccpenang @awam_malaysia @womensaidorg @sistersinislam @tenaganita @yswm.org @johorwomensleague @heforshe @weareultraviolet

♬ original sound – NIQI

Menurutnya, hubungan yang terjalin selama tiga tahun itu pada awalnya dipercayai menuju ke arah perkahwinan. Namun, beliau mendakwa mengetahui lelaki tersebut berlaku curang dengan beberapa wanita lain, mengambil wang daripada pelbagai individu, dan menjalani kehidupan berasingan tanpa pengetahuannya.

“Dia berjanji mahu mengahwini saya, membuat saya percaya bahawa saya bakal isterinya. Tetapi saya hanyalah sebahagian daripada penipuan,” katanya.

Wanita itu turut mendakwa individu tersebut mempunyai hubungan dengan pihak berpengaruh serta sedang terlibat dalam satu kes undang-undang lain yang tidak dapat didedahkan. Lebih membimbangkan, katanya, laporan polis yang dibuat tidak membuahkan hasil kerana tiada kejadian fizikal berlaku setakat ini.

“Adakah saya perlu menunggu sesuatu berlaku baru mahu bertindak?” soalnya.

Beliau menegaskan pendedahan itu bukan sekadar untuk dirinya, malah bagi membela wanita lain yang pernah menjadi mangsa penipuan dan manipulasi.

“Diam hanya melindungi dia dan meletakkan saya dalam bahaya lebih besar,” katanya sambil merayu orang ramai supaya berkongsi videonya agar lebih ramai mengetahui kisah tersebut dan sekali gus menyukarkan pihak berkenaan untuk menutup mulutnya.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 39 ribu tontonan dan menerima lebih 4,000 tanda suka.

BACA JUGA:  Pemandu mabuk ragut nyawa bapa tiga anak, satu Malaysia luah kemarahan
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...