Masjid At-Taqwa TTDI nafi dakwaan diboikot, kehadiran cecah 1,000 jemaah setiap hari

KUALA LUMPUR – Masjid Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail menafikan dakwaan kononnya masjid itu diboikot susulan satu hantaran tular di aplikasi Threads yang memaparkan suasana lengang ketika waktu berbuka puasa, Ahad lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Fadzli Yusof berkata, pihak masjid mengambil perhatian terhadap hantaran yang dimuat oleh seorang individu di akaun peribadi Threads yang menunjukkan keadaan ruang masjid belum dipenuhi jemaah.

Menurut beliau, keadaan tersebut berlaku sebelum waktu puncak kehadiran orang ramai untuk berbuka puasa.

“Jemaah kebiasaannya mula memenuhi ruang masjid sekitar jam 7 malam. Seperti Ramadan tahun lalu, jumlah kehadiran bagi berbuka puasa tahun ini adalah antara 800 hingga 1,000 orang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa TTDI, Agil Faisal Ahmad Fadzil turut tampil memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Beliau menegaskan dakwaan kononnya berlaku boikot adalah tidak benar, namun tidak menolak kemungkinan terdapat pengalaman kurang menyenangkan dalam kalangan jemaah yang hadir ke masjid berkenaan sebelum ini.

“Bab komen pengalaman kurang menyenangkan di masjid pula, tidak dinafikan mungkin ada.

“Ada yang melibatkan jemaah, ada juga cerita lama malah ada yang lebih 20 tahun dan kebanyakannya datang daripada jemaah muslimat.

“Semua maklum balas ini wajar diteliti dengan baik dan berhemah. Kenyataan rasmi pihak masjid akan dikeluarkan, insya-ALLAH,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat menunaikan ibadah pada bulan Ramadan dan menjemput orang ramai untuk hadir berbuka puasa serta menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.

“Sejak 1 Ramadan hingga semalam, setiap hari sekitar 1,000 orang berbuka puasa di masjid ini,” katanya.

BACA JUGA:  Anggota TUDM hilang terjawab, ditemui di Ampang
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Lagu ‘Lala Raya’ didakwa sentuh isu agama, Agy tampil mohon maaf terbuka

KUALA LUMPUR - Penyanyi baharu, Muhammad Affizy Mohd Khairy...

MRSM seluruh negara tunai solat jenazah ghaib hari ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 cawangan Maktab Rendah Sains...

Lelaki pandu SUV lawan arus ditahan

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai...

Tragedi subuh ragut keluarga, MARA tampil bela nasib dua beradik

RAUB - Dua beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran...

Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘duit raya’ setengah bulan gaji

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas...