Anggota TUDM hilang terjawab, ditemui di Ampang

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Muhammad Ammar Mohd. Ariffin sejak 23 Ogos lalu akhirnya terjawab apabila lelaki itu ditemui di kawasan Ampang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, penemuan itu adalah hasil usaha berterusan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi mengesan anggota berusia 27 tahun tersebut.

“Laskar Udara telah dijumpai di kawasan Ampang oleh pasukan IPD Serdang. Kenyataan media akan dikeluarkan sebentar nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi mandi-manda di Sungai Kedondong pada 23 Ogos.

Beliau yang kali terakhir memandu sebuah Proton Satria berwarna biru tidak pulang ke kem pada 24 Ogos, selain gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan sehingga menimbulkan kebimbangan.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: JKR akan beri bantuan teknikal - Nanta
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...