Bas terbabas langgar pokok, guru dan tiga murid PASTI cedera

SERDANG – Seramai 30 murid Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang dan lima orang guru berdepan detik mencemaskan apabila bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah pokok di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.18 tengah hari itu, seorang guru dan tiga murid dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala akibat terhantuk dalam insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari kilang coklat Beryl’s menuju ke G2G Animal Garden di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Hasil siasatan awal mendapati bas yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu sedang bergerak lurus sebelum hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar pokok.

“Akibat pelanggaran itu, seorang guru pengiring serta tiga murid mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

“Tiga kanak-kanak hanya memerlukan rawatan sebagai pesakit luar manakala guru terbabit menerima beberapa jahitan di kepala,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222 atau balai polis berhampiran.

BACA JUGA:  Tiada unsur jenayah kes kematian warga Taiwan di stesen LRT
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...