Iran umum kematian pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei pada usia 86 tahun

TEHRAN – Stesen televisyen milik kerajaan Iran hari ini mengesahkan kematian pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, tanpa merujuk kepada serangan besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas kediaman beliau.

Pengumuman tersebut dibuat sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan menerusi siaran rasmi yang memaparkan imej arkib beliau bersama sepanduk hitam sebagai tanda berkabung.

Dalam nada penuh emosi dan tangisan, penyampai televisyen itu memaklumkan bahawa negara berkenaan akan memasuki tempoh berkabung selama 40 hari bagi menghormati pemergian tokoh berusia 86 tahun itu.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump, mendakwa Khamenei terbunuh dalam serangan yang dilancarkan bersama Israel di beberapa lokasi di seluruh Iran.

Sementara itu, sumber perisikan dan ketenteraan yang dipetik oleh CBS News melaporkan kira-kira 40 pegawai kanan Iran terkorban dalam serangan berkenaan, termasuk Khamenei.

Khamenei memegang jawatan sebagai pemimpin tertinggi Iran sejak tahun 1989 dan merupakan antara tokoh paling berpengaruh dalam landskap politik serta keagamaan negara itu selama lebih tiga dekad. – AFP

BACA JUGA:  Penampilan dipersoal, Nabila Razali akui hanya ikut konsep lagu
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...