KUALA LUMPUR – Tradisi mengumpul duit raya dalam kalangan keluarga kini semakin kreatif apabila ada yang memperkenalkan permainan mengambil duit raya secara rawak dari dalam sebuah kotak bagi memeriahkan suasana Aidilfitri.
Menerusi satu video yang tular, sebuah keluarga dilihat berkumpul beramai-ramai dan memulakan permainan mengambil duit raya dari dalam kotak secara rawak.
Permainan tersebut dilakukan oleh setiap ahli keluarga tanpa menigira usia dan mereka perlu mengambil satu duit raya tanpa mengetahui jumlahnya yang sebenar.
Antara reaksi yang dikongsikan, ada yang menyifatkan idea tersebut menarik kerana dapat berkongsi rezeki secara adil serta mewujudkan suasana lebih meriah dalam kalangan keluarga.
“Best juga buat macam ini, boleh kongsi rezeki” kata seorang pengguna.
“Menarik idea ini, boleh cuba buat untuk raya tahun depan bersama keluarga,” kata seorang lagi pengguna.
Tradisi ini membuktikan Aidilfitri bukan hanya tentang duit raya, sebaliknya mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan bersama keluarga. -MYBERITA

