Pegawai penyiasat kes Zara Qairina didapati langgar SOP

KUALA LUMPUR – Pegawai penyiasat yang mengendalikan kes kematian pelajar, Zara Qairina, didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam proses siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata pasukan khas (task force) yang memulakan siasatan pada 11 Ogos lalu mendapati pegawai penyiasat gagal membuat permohonan untuk menjalankan bedah siasat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelia kerana tiada pengawasan yang sepatutnya,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan terdapat persetujuan daripada ibu mangsa untuk tidak menjalankan bedah siasat. Persetujuan itu direkodkan dalam dokumen rasmi ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang ditandatangani ibu mangsa, doktor, pakar patologi dan pegawai penyiasat, yang dikeluarkan pihak hospital.

Siasatan pasukan khas turut menjurus kepada kemungkinan berlakunya insiden buli sebelum kejadian, berdasarkan keterangan saksi dan dapatan awal.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

“Siasatan masih berjalan dan kami akan memastikan semua aspek diambil kira sebelum tindakan seterusnya,” tegas beliau.

BACA JUGA:  Suami meraung tengok isteri maut digilis treler, anak cedera
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...