Polis tahan suspek pukul pemandu wanita sehingga lebam tulang rusuk

SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan polis selepas disyaki menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pemandu wanita dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Persiaran Senawang 4, Seremban, yang tular malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian berlaku sekitar jam 10:15 malam itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berusia 28 tahun serta dua orang pejalan kaki, seorang wanita berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia tujuh tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta dalam perjalanan dari Mydin Senawang menuju ke Senawang. Apabila tiba di lokasi kejadian, dua pejalan kaki itu secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kiri ke kanan. Disebabkan jarak yang dekat, pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, akibat kemalangan tersebut, wanita dan anaknya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Dalam kejadian yang sama, lelaki berkenaan dikatakan telah bertindak menggunakan kekerasan jenayah terhadap pemandu wanita terbabit sehingga menyebabkan lebam di bahagian rusuk sebelah kanan serta bengkak di bahagian belakang kepala.

“Suspek kini ditahan dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohamad Hatta turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai kejadian yang boleh menimbulkan ketegangan. Beliau juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa berhati-hati semasa melintas jalan dan ketika berada di kawasan sesak bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Insp. Mohd Khairul Aswad Mazlan di talian 011-10843873 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:  Era FM didenda RM250k, lesen tidak digantung

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok memaparkan lelaki berkenaan bertindak menyerang mangsa selepas berang anaknya dilanggar kereta dipandu wanita itu.

Lelaki yang difahamkan merupakan seorang tentera dikatakan menumbuk kepala mangsa sebanyak dua kali selain adik mangsa turut mendakwa kakaknya juga ditendang di bahagian perut.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...