DBKL tambah tiga CCTV di KLCC, perkukuh keselamatan, banteras ‘ulat foto’

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menambah tiga unit televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi memperkukuh pemantauan keselamatan serta kawalan trafik.

Menurut DBKL, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan persekitaran bandar raya yang lebih selamat, teratur, dan responsif kepada keperluan warga kota.

“Kesemua CCTV ini disambungkan terus ke Bilik Gerakan DBKL bagi membolehkan pemantauan secara masa nyata serta tindakan pantas terhadap sebarang insiden,” menurut kenyataan DBKL hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, meninjau kehadiran jurugambar jalanan atau ‘ulat foto’ di sekitar KLCC. Hannah menekankan bahawa isu keselamatan menjadi faktor utama dalam pemantauan kawasan tersebut.

“Saya berada di sana lebih daripada satu jam dan sempat melihat sendiri keadaan di tapak ‘ulat foto’ beraksi mengambil gambar pelancong. Kita mahu pastikan pengalaman pengunjung kekal selamat dan tidak dieksploitasi,” katanya.

Tindakan ini susulan insiden pada 22 Mac lalu, apabila polis menahan 18 lelaki yang disyaki terlibat dalam rusuhan dan serangan terhadap dua lelaki hingga mengalami kecederaan di Persiaran KLCC, dipercayai bermula akibat pertengkaran antara sekumpulan ‘ulat foto’ dan seorang pelancong warga India. – MYBERITA

BACA JUGA:  Polis giat siasat kes lelaki 'snap' gambar bawah skirt wanita
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

PDRM, MAINJ siasat video wanita menyimpang mengaku jadi Nabi

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai...

13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA - Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Penuntut USM, Amirul Syahmi cipta nama, sasar tempat dalam skuad futsal kebangsaan

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM)...

Kerajaan pertimbang ‘wfh’ secara berperingkat untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan peraturan kerja...

Kerajaan selaras kuota BUDI95 kepada 200 liter mulai 1 April

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyelaraskan kelayakan penggunaan BUDI95...