Baju hampir hilang dekat dobi, Dr Say nasihat orang ramai pantau barang

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Say Shazril berkongsi pengalaman hampir menjadi mangsa cubaan kecurian pakaian di sebuah dobi layan diri di Jalan Telawi baru-baru ini.

Menurut Dr Say, insiden berlaku selepas dia meninggalkan pakaian untuk dicuci dan mengambil kesempatan menunggu di restoran berdekatan. 

Katanya, selepas 30 minit, ketika kembali ke dobi, beliau terlihat seorang lelaki sedang membungkus pakaian miliknya yang berada di dalam mesin basuh ke dalam plastik, sebelum meletakkannya ke dalam kereta.

“Dia dengan tenang beri balik dan cakap anak dia yang basuh, tidak tahu mana satu pakaian saya. Saya pun okay je, mungkin betul dia silap,” katanya. 

Bagaimanapun, doktor itu menyedari lelaki terbabit kemudian cuba mengambil pakaian daripada mesin pengering pula, yang menimbulkan syak wasangka beliau bahawa niat lelaki itu memang untuk mencuri.

Dr Say menjelaskan bahawa beliau tidak mengambil tindakan lanjut terhadap lelaki itu dan menganggap kejadian tersebut sebagai pengajaran. 

“Dah dapat pengajaran, lepas ni tak tinggalkan baju baik semasa cuci atau keringkan. Lagi-lagi baju baru lepas basah,” tambahnya.

Menurut beliau, kes itu membuka mata tentang kemungkinan kecurian pakaian berlaku walaupun di negara ini, dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

@say_shazril0

Sy ingat kat Msia ni takdelah orang nak cilok2 baju ni sehinggalah this happened to us this morning. Tapi dia sumpah smooth tak gelabah lari semua siap ajak sembang bagai. Be careful peeps, we can never be too sure dah nowadays.

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

Rata-rata pengguna media sosial memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian tersebut. 

Ada yang berasa bimbang dan menasihati supaya tidak meninggalkan pakaian tanpa pemantauan, sementara yang lain bersetuju bahawa kejadian itu memberi pengajaran penting tentang keselamatan barangan sendiri.

BACA JUGA:  Jumpa secara 'random', Lisdawati ajak peminat berbuka puasa

“Sekarang ni bermacam-macam perangai manusia. Terima kasih atas perkongsian,” kata seorang pengguna. 

“Kalau nak tinggalkan pakaian, lebih baik pergi ke dobi yang staf bantu cuci dan keringkan terus,” tambah lagi seorang pengguna. 

Insiden ini sekali lagi menekankan pentingnya berhati-hati di dobi layan diri dan memastikan keselamatan barangan peribadi terjamin. -MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...