Harimau Malaya tewas 1-3, Vietnam juara Kumpulan F

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya menutup kempen kelayakan Piala Asia 2027 dengan keputusan mengecewakan selepas tewas 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Thien Trưong, Nam Dinh sebentar tadi.

Vietnam selaku tuan rumah membuka jaringan seawal minit keenam apabila Do Duy Mạnh menanduk masuk bola hasil sepakan sudut daripada Truong Tien Anh.

Gol awal itu mengejutkan jentera serangan Malaysia yang diketuai Faisal Halim, namun peluang terbaik pada minit ke-11 gagal disempurnakan.

Pada penghujung babak pertama, Malaysia hampir menyamakan kedudukan melalui tandukan Paulo Josue, namun bola sedikit tersasar.

Separuh masa kedua menyaksikan tuan rumah menambah dua gol menerusi penyerang naturalisasi Rafaelson pada minit ke-50 dan ke-58, sekaligus meletakkan Vietnam selesa dengan kedudukan 3-0.

Harimau Malaya hanya berjaya merapatkan jurang pada minit ke-77 melalui sepakan penalti Endrick Dos Santos, menjadikan keputusan akhir 1-3.

Beberapa peluang keemasan lain melalui Faisal Halim dan pemain gantian Safawi Rasid gagal dimanfaatkan, sekali gus menamatkan kempen dengan kekalahan.

Kekalahan ini turut menandakan kekalahan pertama Peter Cklamovski di atas padang sejak memimpin pasukan kebangsaan tahun lalu.

Vietnam kini mengumpul 18 mata maksimum, mengesahkan kelayakan ke Piala Asia 2027 selaku juara Kumpulan F. – MYBERITA

BACA JUGA:  Erysha selesa berkawan dengan Ariel, tolak spekulasi hubungan istimewa
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

PDRM, MAINJ siasat video wanita menyimpang mengaku jadi Nabi

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai...

DBKL tambah tiga CCTV di KLCC, perkukuh keselamatan, banteras ‘ulat foto’

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah...

13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA - Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Penuntut USM, Amirul Syahmi cipta nama, sasar tempat dalam skuad futsal kebangsaan

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM)...

Kerajaan pertimbang ‘wfh’ secara berperingkat untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan peraturan kerja...