‘Jangan ngidam bau simen lagi’, Harris Annuar bakal timang anak kedua

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Harris Annuar, berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Asha Merican, kini hamil cahaya mata kedua mereka.

Berita tersebut dikongsikan Harris menerusi platform Instagram, di mana beliau memuat naik sebuah video yang memaparkan detik penuh emosi ketika isterinya melihat keputusan ujian kehamilan.

Dalam rakaman berkenaan, Asha kelihatan terkejut sebaik sahaja mengetahui keputusan positif tersebut sebelum tersenyum lebar dan terus memeluk suaminya sebagai tanda kegembiraan.

“Alhamdulillah, jangan dia mintak bau simen lagi sudah,” tulis Harris secara berseloroh pada kapsyen video tersebut, merujuk kepada pengalaman lalu isterinya ketika hamil anak pertama.

Terdahulu, Asha pernah mencuri perhatian ramai apabila mengidam perkara luar biasa sepanjang kehamilan pertama, termasuk menghidu simen, makan sabun dan bermain permainan lato-lato, yang kemudiannya tular di media sosial.

Untuk rekod, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

BACA JUGA:  Mimi Lana sedia jadi ibu, Syafiq Kyle sudah pilih nama anak
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...