Sabtu | 10/10/2026 | 7:06:27 am
HomeHiburanEmma Maembong pilih ‘senyap’ di media sosial demi jaga mental

Emma Maembong pilih ‘senyap’ di media sosial demi jaga mental

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Emma Maembong mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif di media sosial, khususnya Instagram, demi menjaga kesihatan mental dan mengelakkan perbalahan dengan netizen.

Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail, 33, mengakui sikapnya yang lantang dan berterus terang sering menimbulkan salah faham serta kritikan daripada pengikut media sosial.

“Disebabkan mulut saya kadang-kadang tidak ada insuran dan perwatakan kasar, jadi Instagram saya tidak bergerak sangat pun selain daripada hantaran kerja. InstaStory untuk aktiviti harian pun tidak buat,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|