TAWAU - Seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki menetak isterinya hingga maut di sebuah rumah pekerja ladang di Jalan Kalabakan, di sini, petang semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
SEREMBAN - Siasatan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di Kuala Pilah kini melibatkan dua suspek selepas polis menahan seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun.
PETALING JAYA - Kecekapan masyarakat Orang Asli Semai membaca jejak di hutan serta keberanian mereka berdepan ancaman keselamatan menjadi antara kisah yang diketengahkan menerusi filem epik aksi, Orang Perang.
PETALING JAYA - Kes buli yang dilaporkan hampir sifar sepanjang penempatan warden daripada kalangan bekas tentera mendorong Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperluas pendekatan itu ke semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai 1 Januari 2027.
TOKYO - Mahkamah Daerah Tokyo dijangka mengumumkan keputusan esok dalam kes yang boleh menguji sama ada suara pelakon boleh dilindungi sebagai sebahagian daripada identiti dan aset komersial mereka.
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki yang didakwa menampar dan menendang seorang individu di sebuah kedai serbaneka mencetuskan kecaman warganet selepas rakaman CCTV kejadian itu tular di Threads.
KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara baharu bagi mewakili negeri itu untuk tempoh tiga tahun, hingga 9 September 2029.
TANJUNG MALIM – Bermula sebagai anak kepada seorang jurukimpal dan kerani, perjalanan Ng Zhen Fan Shankar kini membuka lembaran baharu apabila mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama menerima penajaan Tokoh Siswa Luar Negara daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
SEREMBAN - Kemelut pentadbiran dan adat di Negeri Sembilan memasuki satu lagi fasa penting apabila Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap di sini, pagi ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.