Litar Sepang dijangka venue perasmian pembukaan SUKMA 2026

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pemilihan SIC dibuat selepas pihak pengurusan litar tersebut menyatakan minat untuk terlibat dalam penganjuran acara pembukaan temasya sukan itu. (Foto BERNAMA)


SHAH ALAM – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan besar dipilih sebagai lokasi upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, menjadikannya sebagai venue alternatif selepas Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) masih dalam proses pembinaan.
 
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pemilihan SIC dibuat selepas pihak pengurusan litar tersebut menyatakan minat untuk terlibat dalam penganjuran acara pembukaan temasya sukan itu.
 
“Saya boleh katakan 80 peratus SIC menjadi venue perasmian. Kini, Sekretariat SUKMA sedang melakukan perbincangan dengan pengurusan SIC.
 
“Sebelum ini, pihak SIC ada menyuarakan minat kepada kami untuk menganjurkan perasmian temasya itu, justeru kami mengalu-alukan minat mereka,” katanya pada Majlis Iftar Belia Selangor 2025 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor malam tadi.
 
Sebelum ini media melaporkan antara venue utama yang dipertimbangkan bagi perasmian penganjuran temasya SUKMA Selangor adalah SIC dan Stadium Merdeka, selepas KSSA hanya dijangka siap pada 2027.
BACA JUGA:  Berlakon dengan transgender, Hariz Hamdan akui tak pernah anggap isu besar
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...