Guru muda kini boleh mohon tukar sekolah selepas 2 tahun – Fadhlina

KUCHING – Golongan guru muda yang baru berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun kini boleh memohon pertukaran ke sekolah pilihan mereka tanpa sebarang syarat, menurut pengumuman Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-54, hari ini.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada enam langkah baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menambah baik sistem e-GTukar, yang sebelum ini menerima pelbagai rungutan daripada guru yang terpaksa menunggu lama untuk berpindah.

“Kita dengar suara mereka yang terpisah daripada keluarga, yang berjauhan dengan anak dan kita ambil tindakan bagi mengatasi masalah itu. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan dan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan guru,” kata Fadhlina.

Majlis yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn itu turut menyaksikan pelancaran lima lagi inisiatif penting oleh KPM.

Antaranya adalah pelantikan 1,470 pembantu guru menerusi program My Digital Guru (MyDG) yang akan ditempatkan di sekolah terpilih bagi membantu mengurangkan beban tugas guru.

KPM juga akan menghantar 32 guru cemerlang yang menerima enam anugerah khas ke United Kingdom bagi mengikuti Program Inovasi Global untuk Guru Masa Depan (GIFTS) dengan peruntukan RM4 juta bagi kursus jangka pendek luar negara.

Selain itu, guru serta pegawai terpilih juga bakal diberi peluang mengikuti kursus jangka pendek di luar negara bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang terpilih.

Inisiatif kelima yang diumumkan ialah pemberian diskaun 20 peratus pembelian tiket penerbangan melalui portal MH GoM, manakala inisiatif keenam menawarkan diskaun buku antara 20 hingga 30 peratus untuk pembelian dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM.

BACA JUGA:  KPM perketat SOP, tiada kompromi terhadap kes buli di sekolah

Fadhlina menegaskan bahawa semua inisiatif ini adalah pelaburan penting dalam pembangunan insan, demi menyediakan guru untuk mendidik generasi masa depan dalam persekitaran global yang semakin mencabar.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...