Rabu, 24 Jun 2026
spot_img
HomeNasionalKPM ucap takziah pemergian Zara Qairina

KPM ucap takziah pemergian Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustafa Limauan, Sabah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau bersama pengurusan tertinggi KPM telah menziarahi keluarga mangsa di hospital bagi memastikan segala keperluan disediakan serta kebajikan keluarga terpelihara.

Beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Sabah telah menyalurkan bantuan segera termasuk sokongan psikososial kepada keluarga berkenaan.

“Ketika ini, kejadian masih dalam siasatan pihak polis. KPM akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Saya menyeru masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina turut menggesa orang ramai agar menghormati privasi keluarga dan memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan kerana tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina, yang berasal dari Sipitang, Sabah, yang dikaitkan dengan dakwaan kes buli dalam kalangan pelajar di sekolah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine