Permintaan tinggi, konsert MCR Malaysia tambah sehari lagi

KUALA LUMPUR â€“ Rintihan peminat My Chemical Romance (MCR) akhirnya didengari apabila penganjur, Hello Universe Malaysia mengumumkan penambahan satu malam lagi konsert band rock popular itu di ibu negara pada tahun hadapan.

Hari kedua konsert dijadualkan berlangsung pada 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), menjadikan Kuala Lumpur satu-satunya lokasi di Asia yang menyaksikan dua malam berturut-turut persembahan MCR.

Tiket untuk konsert tambahan itu akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 bermula jam 10 pagi.

Sebelum ini, sebanyak 60,000 tiket untuk hari pertama konsert habis dijual dalam masa hanya 90 minit selepas jualan dibuka pada pukul 11 pagi, mencetuskan reaksi hangat dalam kalangan peminat yang menyamakan pengalaman itu dengan ‘perang siber’.

Laman web rasmi jualan seperti GoLive Asia dan Hello Universe Malaysia turut mengalami gangguan teknikal, termasuk laman yang tidak boleh diakses, sistem tergendala sebelum jualan bermula, serta ralat pelayan (‘server error’) lebih sejam.

Kali terakhir kumpulan itu mengadakan konsert di Malaysia ialah pada era The Black Parade World Tour sekitar 2007-2008 di Stadium Merdeka yang menghimpunkan lebih 10,000 peminat tempatan.

Kemunculan semula MCR selepas lebih 18 tahun disambut penuh nostalgia oleh peminat yang tidak sabar untuk menghidupkan semula memori zaman kegemilangan mereka.

BACA JUGA:  Laluan MRT Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa – Rapid KL
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...