Remaja bogel ketika \’joging\’ sah alami gangguan mental

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki yang tular menerusi satu rakaman video kerana dilihat ‘berjoging’ dalam keadaan bogel di simpang tiga Persiaran Kayangan, Seksyen 8 di sini pagi tadi disahkan mengalami gangguan mental.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi dan remaja berusia 18 tahun itu berjaya ditahan oleh anggota rondaan cegah jenayah yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, selepas dipujuk dan ditenangkan, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 untuk tindakan lanjut.

“Anggota polis turut memberikan pakaian kepada remaja itu yang hanya mampu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Dia kemudiannya menulis nombor telefon individu yang boleh dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Iqbal, bapa saudara kepada remaja itu hadir ke balai dan memaklumkan bahawa remaja berkenaan tinggal bersamanya di Seksyen 9, Shah Alam.

“Remaja itu disahkan mengalami masalah gangguan mental dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak polis telah menyerahkan remaja itu kepada bapa saudaranya untuk tindakan lanjut termasuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Shah Alam.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi beberapa saat yang menunjukkan seorang pemuda berlari dalam keadaan bogel di sekitar Seksyen 8, Shah Alam. Dalam video tersebut, dia kelihatan tenang dan tidak mengendahkan kehadiran orang awam yang turut berada di kawasan itu.

BACA JUGA:  Pak cik ditahan lakukan aksi jijik depan staff wanita kedai
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...