Coldplay ‘kantoikan’ pasangan kekasih gelap di konsert

LOS ANGELES – Klip interaksi lucu penyanyi utama Coldplay, Chris Martin, di konsert kumpulan itu baru-baru ini bertukar menjadi kontroversi apabila secara tidak sengaja mendedahkan pasangan \’kekasih gelap\’ di hadapan ribuan penonton.

Insiden berlaku ketika persembahan di Gilette Stadium, Foxborough, Massachusetts, Amerika Syarikat, apabila kamera \’kiss cam\’ memfokuskan kepada sepasang lelaki dan wanita yang sedang berpelukan mesra di kalangan penonton.

Sebaik menyedari mereka dirakam dan terpampang di skrin gergasi, lelaki terbabit dilihat panik lalu melepaskan pelukan, manakala wanita itu segera menutup wajahnya.

\”Oh, ini kalau bukan hubungan sulit, mesti mereka sangat pemalu,\” seloroh Chris Martin di pentas, disambut sorakan gemuruh para penonton.

Namun, detik lucu itu tidak berakhir di situ apabila netizen mula menjejak identiti pasangan tersebut. Hasil siasatan warga maya, lelaki berkenaan dikatakan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat perisian terkenal dan sudah berkahwin, manakala wanita terbabit pula merupakan Ketua Bahagian Sumber Manusia di syarikat yang sama.

Video insiden tersebut meraih lebih tiga juta tontonan dan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, dengan ramai mengecam perbuatan curang dan salah guna kuasa dalam persekitaran kerja.

Kontroversi semakin memuncak apabila beberapa media melaporkan bahawa isteri CEO berkenaan telah memadamkan akaun Facebook dan membuang semua gambar serta sebutan mengenai suaminya di media sosial.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak terlibat, namun peristiwa ini terus menjadi perbualan hangat netizen di seluruh dunia.

BACA JUGA:  Trump umum tarif baharu 15% ke atas import Korea Selatan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...