Tukang urut ‘upload’ sijil nikah palsu diperintah jalani rawatan psikiatri

KUALA LUMPUR – Seorang tukang urut wanita diperintahkan menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Perak selepas didakwa memuat naik hantaran video dan gambar sijil pernikahan palsu yang mendakwa beliau berkahwin dengan seorang kerabat diraja pada Februari lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Norma Ismail selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ravendejit Kaur untuk mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh, Persana Avril Sollunda, 43, sebelum prosiding kes diteruskan.

Peguam tertuduh, Mehgalaa Rajendran tidak membantah permohonan tersebut.

“Mahkamah membenarkan tertuduh menjalani rawatan dan laporan penuh berkaitan kesihatan mentalnya selama sebulan bermula hari ini,” kata Norma yang menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Ogos ini.

Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok menerusi akaun “king.charles.ratu” yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 25 Februari.

Hantaran tersebut dilaporkan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 26 Februari.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Selain itu, tertuduh juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

BACA JUGA:  Tak sangka... anak bagi sampul duit raya 'jumbo' untuk UAI
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...