Lima wartawan Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel

BANDAR GAZA – Lima wartawan Al Jazeera, termasuk wartawan terkemuka Anas al-Sharif, maut dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah media di luar pintu utama sebuah hospital di Gaza, semalam.

Menurut stesen berita berpangkalan di Qatar itu, selain Anas, 28, tiga jurukamera iaitu Mohammed Qreiqeh dan dua lagi rakan setugas turut terkorban dalam serangan tersebut.

Al Jazeera mendakwa serangan itu dilakukan secara khusus bagi menyasarkan kumpulan petugas medianya.

“Anas al-Sharif dan tiga rakan setugas maut apabila khemah untuk petugas media terkena serangan,” kata Al Jazeera dalam satu kenyataan.

Tentera Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan mereka menyasarkan Anas, dengan menuduhnya sebagai anggota Hamas yang menyamar sebagai wartawan, serta mengetuai sel pejuang yang melancarkan serangan roket ke arah orang awam dan tentera Israel.

“Sebentar tadi, di Bandar Gaza, IDF menyerang pengganas Anas al-Sharif, yang menyamar sebagai wartawan rangkaian Al Jazeera,” kata IDF dalam kenyataan di Telegram.

Anas al-Sharif dikenali sebagai antara wajah utama liputan Al Jazeera di Gaza, dengan laporan langsung setiap hari dari kawasan konflik sejak perang meletus 22 bulan lalu.

Menurut pemerhati media, kira-kira 200 petugas media telah terbunuh sepanjang konflik Gaza setakat ini.

Hubungan Israel dan Al Jazeera sebelum ini sudah pun tegang, dengan Israel melarang operasi stesen tersebut di negaranya serta menyerbu pejabatnya sejak perang bermula.

BACA JUGA:  Tindakan Israel tingkat serangan di Gaza adalah ‘salah’ - PM Keir Starmer
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...