Lelaki warga asing cedera dipercayai dipukul di parkir HKL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing cedera di bahagian kepala dan patah tulang rusuk selepas dipercayai dipukul di kawasan parkir bertingkat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.56 malam menerusi seorang penolong pegawai perubatan HKL.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital itu pada jam 5.20 petang menggunakan ambulans milik Klang Valley Ambulance Service (KVAS) dari lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka di bahagian kepala dan patah tulang rusuk kanan. Namun tiada keretakan pada tempurung kepala. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih diteruskan untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya,” ujarnya.

Tambah Sulizmie, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali identiti mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Pang Wei Keong di talian 013-2082391 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Rosdi M. Husin di 013-3920694.

Terdahulu, satu video memaparkan seorang lelaki berlumuran darah di bahagian kepala di kawasan parkir bertingkat HKL telah tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan orang ramai.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: PM Anwar arah KPT bantu segera keluarga 15 pelajar UPSI terkorban
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...