Sanggup suntik bahu ‘90 darjah’ mirip Jennie Blackpink

SEOUL – Fenomena pembedahan kosmetik demi menyerupai idola K-pop terus mencetuskan perdebatan di Korea Selatan, dengan trend terbaharu melibatkan suntikan pengisi (filler) bahu untuk mendapatkan bentuk ‘90 darjah’ seperti anggota kumpulan Blackpink, Jennie.

Memetik laporan 8days, obsesi kecantikan di negara itu sebelum ini tertumpu pada kulit licin bak kaca atau rahang berbentuk V, namun kini ‘bahu sempurna’ Jennie dijadikan standard baharu.

Dalam satu video tular di TikTok, pencipta kandungan Korea Selatan, Yunny, berkongsi proses mendapatkan suntikan pengisi di bahu di sebuah klinik estetik di Seoul.

Selepas rawatan, bahunya kelihatan lebih terangkat, membuatkan dia menjerit kegembiraan.

Trend mendapatkan ‘bahu Jennie’ ini dilaporkan mula popular sejak 2021 dan dianggap sebagai sebahagian daripada standard kecantikan di negara tersebut.

Namun, tidak semua netizen bersetuju dan ada yang mengkritik Yunny kerana memilih prosedur estetik berbanding kaedah senaman.

“Awak akan dapat bahu Jennie secara percuma kalau bersenam sahaja,” tulis seorang pengguna.

“Negara ini tak akan pernah kehabisan rasa tidak selamat ke?” sindir seorang lagi.

“Apa pun, badan dia, duit dia, bahu dia, kan?” komen netizen lain.

Selain suntikan pengisi, prosedur Trap Botox turut menjadi pilihan, yang didakwa membantu memanjangkan dan melangsingkan garisan bahu serta leher bagi menampilkan imej lebih elegan.

BACA JUGA:  [VIDEO] TokTi senak perut tengok 65,000 peminat banjiri SNBJ
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...