Dua pelajar TAR UMT maut jatuh bangunan di kondominium Taman Melati

KUALA LUMPUR – Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) disahkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tempat tinggi dalam dua insiden berasingan yang berlaku dalam tempoh 24 jam di sebuah kondominium di Taman Melati, kelmarin.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 6.45 pagi, seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun ditemui tidak bernyawa di laluan belakang kondominium berkenaan. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 22 bangunan itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Beberapa jam kemudian, sekitar jam 8.30 malam, seorang lagi pelajar lelaki berusia 21 tahun turut maut selepas dipercayai terjatuh dari lokasi paling tinggi di kondominium sama, dipercayai berhampiran sebuah kafetaria.

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua kejadian berlaku pada hari yang sama namun hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kaitan antara kedua-dua insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

BACA JUGA:  Najib gagal singkir Hakim Alice Loke
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...