Isteri Faisal Halim fail cerai lepas enam tahun kahwin

KUALA LUMPUR – Rumah tangga pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim, dilaporkan goyah apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, dipercayai telah mengemukakan permohonan cerai terhadap pemain sayap kebangsaan itu.

Memetik laporan MStar, nama pasangan berkenaan tersenarai untuk sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selasa, berdasarkan jadual harian yang dipaparkan di papan maklumat mahkamah.

Difahamkan, prosiding berhubung permohonan tersebut berlangsung sekitar jam 2.30 petang dan didengar di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Untuk rekod, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey, mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Sumber: MStar

BACA JUGA:  “Saya belajar untuk selamatkan kanak-kanak seperti arwah adik saya” - Zuriani
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...