Isteri Faisal Halim fail cerai lepas enam tahun kahwin

KONGSI

KUALA LUMPUR – Rumah tangga pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim, dilaporkan goyah apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, dipercayai telah mengemukakan permohonan cerai terhadap pemain sayap kebangsaan itu.

Memetik laporan MStar, nama pasangan berkenaan tersenarai untuk sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selasa, berdasarkan jadual harian yang dipaparkan di papan maklumat mahkamah.

Difahamkan, prosiding berhubung permohonan tersebut berlangsung sekitar jam 2.30 petang dan didengar di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.

ARTIKEL BERKAITAN