JITRA – Dua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung selepas kereta yang mereka naiki terbalik dan terbakar dalam satu kemalangan di Plaza Tol Jitra, di sini awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.05 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota BBP Jitra bergegas ke lokasi kejadian dan dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.
âSebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta dipercayai jenis Honda Civic FD terbalik dan terbakar dengan api yang marak.
âApi berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.23 pagi sebelum kerja-kerja pemotongan kenderaan dijalankan bagi mengeluarkan mangsa,â katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, tahap kemusnahan kereta berkenaan dianggarkan sekitar 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan dua mangsa berada di dalam kenderaan dalam keadaan rentung.
âBagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut diserahkan kepada pihak polis,â ujarnya.

