Gempa bumi 6.8 magnitud gegar perairan Kota Kinabalu, tiada ancaman tsunami

KOTA KINABALU – Gempa bumi bermagnitud 6.8 dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, gegaran dikesan pada jarak kira-kira 49 kilometer (km) barat dari Kudat, Sabah dengan kedalaman 678 kilometer (km).

“Gegaran dirasai di sekitar Pantai Barat Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada ancaman tsunami dilaporkan,” menurut kenyataan berkenaan.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi jabatan itu termasuk laman sesawang mygempa.met.gov.my.

BACA JUGA:  Sayu lihat jasad dalam pelukan - anggota Bomba
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...