Individu pijak al-Quran seorang mualaf – Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, mendedahkan individu yang sebelum ini dikaitkan dengan tindakan memijak al-Quran sebenarnya seorang muslim dan mualaf.

Firdaus berkata, lelaki berkenaan telah memeluk Islam pada 20 April 2025 dan menggunakan nama Muhammad Zain. 

“Dia budak yang baik. Sopan santun dan lembut tutur katanya. Dia hubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu untuk mengislamkan dirinya,” katanya. 

Menurutnya, pendedahan itu mengejutkan dirinya kerana tindakan memijak al-Quran sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Beliau turut menzahirkan rasa ingin memahami keadaan sebenar individu berkenaan, sama ada beliau dihasut, diprovokasi atau terlibat dalam perkara lain, sambil menegaskan hasratnya untuk membantu.

Menurut hantaran sama, pelajar terbabit telah bersyahadah pada tarikh dinyatakan dan kini dikenali sebagai seorang mualaf. -MYBERITA

BACA JUGA:  Bayar zakat fitrah ikut lokasi malam wajib, bukan dari jauh - UAI
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA

SEPANG - Kumpulan pertama seramai 329 jemaah haji selamat...

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...