Ingatkan patung… rupanya bayi betul, video ‘makeup’ Sofea Shra raih pujian netizen

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Sofea Shra sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video rutin solekan khas buat golongan ibu yang perlu menguruskan anak kecil pada pagi Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi perkongsian di media sosial, Sofea tampil dengan pendekatan berbeza apabila menggunakan bayi sebenar bagi menggambarkan situasi sebenar yang dihadapi oleh para ibu ketika bersiap.

Menurutnya, idea tersebut tercetus selepas menerima pelbagai maklum balas daripada golongan ibu tahun lalu yang berpendapat demonstrasi sebelum ini kurang realistik.

“Tahun lepas saya guna tumbler untuk tunjuk demo dekat mak-mak yang anda boleh buat makeup dengan satu tangan sahaja, tapi komuniti mak-mak kata ia tidak sama seperti anak kecil.

“Jadi kali ini saya cari sesuatu yang lebih realistik dan hampir dengan situasi sebenar,” katanya.

Video berkenaan memaparkan Sofea melakukan rutin solekan sambil menguruskan bayi, sekali gus memberi gambaran cabaran sebenar yang dihadapi oleh ibu-ibu dalam kehidupan seharian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui terkejut apabila mendapati bayi yang digunakan dalam video tersebut adalah bayi sebenar dan bukannya patung.

Malah, ramai yang memuji usaha Sofea yang disifatkan sanggup melakukan kelainan demi menunjukkan realiti sebenar kehidupan seorang ibu. – MYBERITA

BACA JUGA:  Berhenti tular gambar lama bendera terbalik, jangan bakar maruah negara
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...